Rabu, 25 November 2015

10 NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA



" Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya "


Ahlan wa sahlan ya ukhti ya akhi,hari ni rasa-rasanya apa yang kita hendak pelajari ye?haa jeng jeng jeng !

Pada halaman pelajaran  pertama ini kita akan bersama-sama meneroka dan mempelajari tentang ilmu tauhid yang berkaitan dengan malaikat.Pada dasarnya, malaikat yang ada adalah berbilang-bilang dan hanya Allah sahaja yang mengetahui bilangannya.Namun,hanya 10 malaikat sahaja yang wajib kita ketahui dan mengenalinya.Jadi bulatkan mata anda dan mari kita lihat dan mengenal bersama-sama 10 malaikat yang wajib kita ketahui :




Yeay!Alhamdulillah sekarang ini sudah pasti semua telah mengenal dan mengetahui nama-nama malaikat yang wajib kita ketahui kan.tetapi apakah tugas-tugas yang mereka lakukan???

haa di bawah ini terdapat beberapa senarai nama-nama 10 malaikat berserta tugasnya.Jom! kita lihat dan hafaz bersama-sama.



Alhamdulillah,nama-nama 10 malaikat yang wajib kita ketahui pun sudah kita kenal,tugas-tugasnya pun sudah kita ketahui.Sekarang ini apa kata kita sama-sama memperkukuhkan lagi kefahaman dan memperkuatkan lagi daya ingatan kita dengan aktiviti di bawah ini.Selamat mencuba!

Pilih jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberi.

1.Malaikat Jibril diarahkan oleh Allah untuk ____________________.

(a) menyampaikan wahyu   ( b) menjaga pintu neraka    (c) menyampaikan rezeki

2. Tugas malaikat Mikail adalah ________________.

(a) mencatat amalan kejahatan   ( b) menurunkan rezeki       (c) menyampaikan wahyu

3. Malaikat Israfil di tugaskan untuk _____________ pada hari kiamat.

(a) menyampaikan rezeki         ( b) menjaga pintu neraka    (c) meniup sangka kala

4. Malaikat Izrail diperintahkan oleh Allah untuk _____________ makhluk di bumi.

(a) mencabut nyawa               ( b) mencatat amalan kebaikan    (c) menjaga pintu syurga

5. Berikut adalah tugas Malaikat Mungkar dan nakir :

     I.Menyoal dalam kubur 
    II.Mencatat amalan baik dan buruk
    III. Menjaga pintu syurga dan neraka

(a) II                                      ( b) I                                     (c) I,II,III

6. Mencatat amalan kebaikan __________ dan mencatat amalan kejahatan _____________.

(a) Ridwan,Malik               ( b) munkar,nakir                    (c) Raqib,Atid

7. Tugas malaikat ridwan adalah menjaga __________dan malaikat malik menjaga ______________.

 (a) Pintu syurga,pintu neraka   ( b) meniup sangka kala    (c) menyampaikan rezeki



Syabas!bagi yang dapat melaksanakan aktiviti di atas ini dengan baik.Harap para pembaca, adik-adik,kakak-kakak,abang-abang dapat mengingati nama-nama malaikat ini beserta tugasnya dengan cemerlang,terbilang dan gemilang!



Takut terlupaa??


tidak mengapa lah di bawah ini saya sertakan satu nasyid yang berkaitan 10 nama malaikat dan tugasnya untuk memudahkan para pembaca mengingati 10 nama malaikat berserta tugasnya dalam kehidupan seharian.semoga dapat membantu.Jom bernasyid!